25 Disember 2010 Buletin Utama semalam telah memaparkan tentang aktiviti mencuri pasir di Selangor..yang peliknya aktiviti tersebut dilakukan di laluan pengguna jalan raya, di sebuah jambatan yang menghubungkan masyarakat kawasan tersebut. Ketua Pemuda Umno Kawasan tersebut melahirkan perasaan bimbang kerana khuatir dengan berlakunya hakisan di bahagian jambatan.
Sebelum ini dikatakan bahawa aktiviti tersebut adalah untuk pembersihan sampah sarap di samping mendalamkan sungai. Walau bagaimanapun, semuanya menjadi sebaliknya. Ini disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak berwajib sepatutnya kena bertindak segera bagi mengelakkan kejadian buruk daripada berlaku. Mengutamakan kebajikan rakyat adalah suatu kerja amal yang akan sentiasa dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat.
Sekadar untuk perkongsian bersama...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan