Malam ini satu kemenangan besar dan cukup hebat sekali apabila Malaysia berjaya mengatasi pasukan Indonesia dengan 3 gol tanpa balas. Walau pun sepanjang perlawanan diwarnai dengan beberapa insiden kurang manis, tapi perlawanan tetap sahaja diteruskan.
Perlawanan antara dua negara Rumpun Melayu ini, tetap sahaja menjadi tumpuan jutaan penduduk kedua-dua negara. Syabas kepada pasukan negara kerana telah menunjukkan semangat juang yang begitu membanggakan semua pihak. Kepada pasukan negara jiran, pastinya kekalahan yang dialami pada malam ini akan dapat membangkitkan semangat untuk terus berjuang secara sihat.
Apa pun jauh disudut hati setiap peminat bolasepak sememangnya inginkan kemenangan yang telah diraih beberapa jam yang lepas, mengharapkan pasukan negara akan mengulangi semula kejayaan apabila bertemu semula di Indonesia pada 29 Disember 2010 akan datang. Buktikan bahawa Malaysia juga mampu menjadi juara di luar negara. Malaysia Boleh..!!!
Hanya sekadar perkongsian bersama.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan