BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 27 Disember 2010

Hari ini terasa begitu amat membosankan, tak ada satu benda apa pun yang dapat untuk ku lakukan..huuhhuu..!!.

Tapi nampak gayanya malam ini aku sekeluarga akan menikmati sup tulang masakan ku, dan tentunya sahaja sebagai menu istimewa makan malam kami...errmmmm...pasti ada yang akan bakal-bakal makan dua pinggan...hehehee..yummmmyyyyy

Ahad, 26 Disember 2010

Malaysia 3-0 vs Indonesia

Malam ini satu kemenangan besar dan cukup hebat sekali apabila Malaysia berjaya mengatasi pasukan Indonesia dengan 3 gol tanpa balas. Walau pun sepanjang perlawanan diwarnai dengan beberapa insiden kurang manis, tapi perlawanan tetap sahaja diteruskan.

Perlawanan antara dua negara Rumpun Melayu ini, tetap sahaja menjadi tumpuan jutaan penduduk kedua-dua negara. Syabas kepada pasukan negara kerana telah menunjukkan semangat juang yang begitu membanggakan semua pihak. Kepada pasukan negara jiran, pastinya kekalahan yang dialami pada malam ini akan dapat membangkitkan semangat untuk terus berjuang secara sihat. 

Apa pun jauh disudut hati setiap peminat bolasepak sememangnya inginkan kemenangan yang telah diraih beberapa jam yang lepas, mengharapkan pasukan negara akan mengulangi semula kejayaan apabila bertemu semula di Indonesia pada 29 Disember 2010 akan datang. Buktikan bahawa Malaysia juga mampu menjadi juara di luar negara. Malaysia Boleh..!!!

Hanya sekadar perkongsian bersama. 

Sabtu, 25 Disember 2010

Rakusnya Manusia Hari Ini

25 Disember 2010 Buletin Utama semalam telah memaparkan tentang aktiviti mencuri pasir di Selangor..yang peliknya aktiviti tersebut dilakukan di laluan pengguna jalan raya, di sebuah jambatan yang menghubungkan masyarakat kawasan tersebut. Ketua Pemuda Umno Kawasan tersebut melahirkan perasaan bimbang kerana khuatir dengan berlakunya hakisan di bahagian jambatan.

Sebelum ini dikatakan bahawa aktiviti tersebut adalah untuk pembersihan sampah sarap di samping mendalamkan sungai. Walau bagaimanapun, semuanya menjadi sebaliknya. Ini disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak berwajib sepatutnya kena bertindak segera bagi mengelakkan kejadian buruk daripada berlaku. Mengutamakan kebajikan rakyat adalah suatu kerja amal yang akan sentiasa dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat. 

Sekadar untuk perkongsian bersama...

Jumaat, 24 Disember 2010

Asalam n selamat pagi

Terima kasih kerana telah mengunjungi laman aku..
semoga saja selepas ini anda kan menjadi pengikut blog aku..
dan jangan lupa tinggalkan sedikit komen d ruang chat yang ada..

    Aku gembira anda mengunjungi laman aku....
    dari semasa aku akan cuba memperbaiki blog ini...
    aku sayang amattt ama pengikut/follower..
    Ma kasih sekali lagi..

Khamis, 23 Disember 2010

Sakit yang Kurasa

awal subuh terjaga bila kepala terasa sangat pusing...
nak p bilik air pun memang berat sangat-sangat...
kupaksakan  juga menutup mata semula tuk beradu lagi...
mungkin saja kesakitan yag ku rasa saat ini efek dari insiden kelmarin..??

    terlalu sakit benar kurasa bila saja aku mengingatinya
    apa sangatlah besarnya kesalahan ku jika hanya tak mampu menepati janji
    masih banyak ruang tuk aku melunaskan...
    tapi bukan dalam masa terdekat ini...

ya Allah ya tuhanku..
mengapa ada juga manusia yang bersikap suka menghukum semaunya..??
sepertinya tak ada lagi ayat yang manis bisa dibicarakan..
mungkin sedikit waktu lagi aku perlu bertahan..
bertahan tuk bersabar dengan situasi begini...

    jangan saja aku lebur bergelumang dengan semua kesakitan...
    semoga suatu saat semua ini akan berakhir
    yaa...berakhir dengan perasaan bahagia yang kekal...
    kekal abadi tuk selama-lamanya...

Khamis, 9 Disember 2010

Rasa yang Kurasa

Sepi.....kosong jiwa
Langkah kuatur lemah
Mengorak kuncup harapan
Bila saat kujatuh tersungkur
Sambil tangis harap kuhapus.....

       Jauh impian di igauan
       Menjadi nikmat kudakap
       Saat bila aku menjadi sedar
       Laluan hidup penuh kepalsuan
       Pasranya aku dalam mengharap....

Rasa itu...rasa yang Agung
Tinggal bersama sepi yang suram
Lantas lenyap dalam kegelapan
Kini..tak akan wujud nota kasih
Kerana itu hanya harapan.....

clock PART I

Cuteki kawaii