Ahad, 16 Januari 2011
klik saja di sini ! http://nalurikasih.multiply.com/reviews
Sabtu, 15 Januari 2011
Majlis Perpisahan Bersama PK.HEM SKSB
Seawal pagi aku bersama sahabat-sahabat yang lain telah mempersiap dan merapikan semua persediaan untuk majlis yang akan berlangsung tepat jam 10.30 pagi. Sebelum itu sekitar jam 8.00 pagi Mesyuarat Sekolah diadakan dan diikuti dengan Mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling serta Mesyuarat Ko-Kurikulum 2011..Banyak agenda telah dibincangkan dan berharap semua yang telah dirancang untuk setiap program akan dapat dijalankan dengan jayanya...Insyaallah.
Jam 10.00 pagi mesyuarat telah berakhir dan diisi dengan sesi fotografi bersama pentadbir, guru-guru dan KTBM dengan tema Merah vs Pink(wanita) dan Hitam vs Krim (lelaki)..Rasa terharu kerana ini adalah kali pertama dan terakhir sesi foto yang didatangkan khas dari Domenent Studio Bandar Indah memandangkan Guru Besar En. Kipli@Kefflee B. Md. Harun akan bersara pada 18 April 2011 akan datang. Jauh di sudut hati sentiasa berdoa semoga bakal pengganti beliau seorang yang baik hati dan sentiasa prihatin dengan setiap perkara yang melibatkan semua aspek.
Selesai sesi fotografi, semua warga SKSB bergerak beramai-ramai ke Bilik Gerakan untuk sama-sama memeriahkan Majlis Perpisahan PK. HEM Pn. Hjh. Suriah Bt. Marali. En.Delano telah bertindak sebagai pengacara majlis. Suasana berlangsung dengan situasi penuh dengan kesayuan bila saat Guru Besar mengimbas semula perjalanan PK. HEM selama berkhidmat di SKSB. Tidak terbendung air mata mengalir setelah Pn. Hjh. Suria Marali berucap pasti saja semua yang hadir saat itu dilanda kesedihan.
Dalam kesempatan itu juga PK. HEM yang baru menggantikan iaitu Pn. Yulliana Bt. Makkana telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan sempat memaklumkan kepada semua yang hadir tentang sedikit biodata beliau. Majlis menjadi hangat dan riuh dengan gelak ketawa apabila tiba sesi berkenalan di antara Guru Baru dengan semua warga SKSB yang mana telah dikendalikan oleh Setiausaha Sekolah Pn. Salbiah Bt. Sakah. Banyak usikan yang ditujukan khas oleh beliau kepada setiap guru -guru dan KTBM. Di akhir sesi tersebut beliau selaku wakil semua guru memohon ampun dan maaf kepada Pn. Hjh. Suriah Bt. Marali kerana khuatir ada perkara-perkara yang mungkin berlaku tanpa sedar sepanjang 8 beliau berada di SKSB. Majlis diakhiri dengan hidangan makan tengah hari yang mana telah disediakan sendiri oleh semua staff SKSB sebagai membuktikan betapa eratnya sifat tolong menolong dan berkasih sayang yang ada wujud di dalam hati setiap guru dan KTBM dan pastinya tidak akan berakhir sampai bila-bila.
Benarlah kata pujangga..
Patah tumbuh hilang berganti...
tapi belum pasti yang Datang itu...
akan sama rentak dan iramanya dengan yang Pergi...
![]() |
| Add caption |
semuanya pasti akan menjadi memori indah...
tetap terpahat di sanubari....
hari ini terlalu sukar mencari hati yang tulus...
tidak semudah mendapat hati yang penuh kepalsuan...
Langgan:
Ulasan (Atom)
:)
clock PART I
Cuteki kawaii



